Normal clumping clay/sand - easy to dispose but odour control is poor…for outdoor use ok ler kot…So we tried Scented sand - Apple..Lavender…Jasmine…Lemon…Peach…your pick. Dah try byk brand…Fussie Cat yg plg ok dan very economical, pack 10 liter = RM18.
Crystals - I suka jenis ni…odour control very good and easy disposal. Crystal ni akan jadi ketulan yang keras dan kering so cedok pun tk melekat. Cumanya jenis ni kena selalu ganti sebab selepas beberapa hari atau jika kucing banyak pee, crystal mula hancur menjadi serbuk, baunya amat busuk! Dan harganya…RM15 per pack…dan sebulan kena guna 4 pack. You do the math :) Lagi satu..Robin dpt alergy dgn crystal ni…mata dia berair je…dah la mata dia sensitif...comot je....
Pinewood - The most natural one. Performance-wise, entahlah.... Bila pellet kayu tu kena poops and pee, dia jadi lembap dan baunya very unpleasant. Just imagine bau kayu lembap + bau poops…eewww…..nak dispose leceh skit sbb jenis ni akan mengembang dan jadi byk dan berat…kinda messy. Yang senangnya…dah scoop boleh terus buang dlm toilet bowl and flush. Price RM15 - 3kg. I try sekali je.
Black sand - My choice. First brand we tried was Bengy. Pasir jenis paling halus brand Bengy bagus yang nih…tak wangi tapi dia juga tkde bau. We all dah buat experiment…compare Bengy dgn Scented Sand…bila we all outstation 2-3 hari…balik rumah buka je pintu…. kalau scented sand…area kucing dalam rumah I bau Apple+Poops = Pening. Kalau Bengy…tkde bau dan I pun happy. Tapi…..Bengy dah stop production dan sekarang dorg keluarkan jenis pasir wangi bulat2 tu…I'm not very happy la…. Alternatively Tesco ada jual litter sand jenis ni – Tidy Cats by Purina. Harganya RM9-RM11 - 4.54kg…tapi yang ini jenis kasar sikit dan non-clumping. Satu tak best black sand ni….pasir akan hancur jadi halus dan payah sikit nak scoop.
To us, performance paling ok dan kos berpatutan adalah Bengy [fine sand]..too bad it's no longer in the market. Other options are: scented sand by Fussie Cat dan Tidy Cats. Bila ada offer je…kami beli dan simpan buat stok.
Tips: Jenis apa pun pasir yang kita guna, kebersihan toilet kucing perlu diutamakan. Mcm manusia juga, kucing tak suka toilet kotor. Kami poopscooping on daily basis. Balik kerja, sebelum mandi…uruskan toilet kucing dulu. Jadi rumah pun tak berbau dan kucing pun happy. Setakat ni Alhamdulillah, Batman Robin amat berdisiplin. Hanya buat bisnes dalam toilet khas dorg. My friend pernah bertanya…”you bela kucing dalam rumah..kucing you tak berak merata ke…? So far, they never did.
Once a week, basuh toilet dengan sabun dan ganti dengan pasir baru. I bila menginap di hotel, I akan bawa balik syampu dan shower gel dalam botol2 kecik tu. I gunakan untuk basuh toilet kucing…dah jimat kat situ….tak perlu nak beli sabun..tak pun guna sabun atau syampu yang dah expired pun ok je…asal bersih dan wangi...
No comments:
Post a Comment