Monday, 19 December 2011

Boysies we love...

"Leave me alone"
BFF's big fat hug....
Basically they are the Batman & Robin. But I called them by many names...Batman Mormoks...Stinky Winky Bros....and my hubby called them both "Boys" which I eventually changed to "Boysies"...heheee..sounds girly but I like it. The best part is, when Batman Robin hear my hubby call them.."Boyyyzzzz..." both will come over..running! Means the name "Batman" & "Robin" we only use as identification. Our boysies like "Boyyyyzzzzz..." much more....and they don't mind sharing name....

Friday, 16 December 2011

Bonding...

I mula dengan mencari infos ttg kucing, online. Dan juga channel Animal Planet ada Cats 101. But one thing for sure, learning through experience is priceless. As we get to know our furballs...we bond with them.
By observation, we begin to understand their attitude..likes and dislikes.
And so do Batman Robin. Bila gurau2 dgn my hubby...dorg gurau kasar...ada gigit2 manja....cuz my hubby suka main cara mcm tu.
Me on the other hand tak suka...so bila gurau dgn I, Batman Robin know their limit....tkde nak gigit2.
We all pun dah boleh tau bila Batman Robin happy dan tak happy. When they don't like something, we know. When they yearning for attention, we know. When they don't want to be disturbed, we also know.
Robin melepak...
Robin...sentiasa nak dekat dengan manusia...dia tak kira siapa. Dah boring duduk atas riba, dia akan menyandar kat kaki...asal ada human contact.

Batman on the move
Yang sekor ni...akan panjat atas riba sekejap je...after a few strokes, Batman akan turun lepak kat kaki juga....tapi dia cepat boring so dia sentiasa ada aktiviti dia sendiri....jap gi sana...jap gi sini....

Monday, 12 December 2011

ROBIN

@ 2 months
@ 5 months
@ 8 months
The big brother a.k.a. Taiko - Robin. He is smarter and fiercer. Very protective of his bro, Batman. Tapi Robin jugalah yang paling manja dan sentiasa nak diusap dan dipeluk...nak duduk atas riba memanjang. Robin sangat manja dengan my hubby. Robin ni bulunya lebih gebu dan I suka warna dia. Asal dulu I nak namakan dia "Pudding" tapi tak jadi. Kuat makan tapi tak gemuk. Robin jenis very curious dan suka explore...dia selalu buat hal bila tak diawasi. On the same time Robin juga very friendly...tak sombong macam Batman. Robin lebih pandai mengambil hati. My bro suka Robin ni sebab dia manja. Dia paling suka snuggle..mencari spot yang paling best atas riba kita untuk dia lepak. Suka nak cium tuan dia. Robin is a very loving cat.

BATMAN

@ 2 months
@ 5 months
@ 8 months

The cute one. Muka Batman macam muka kucing family I dulu, 'Comel'. Rounded face with big round eyes dan corak mcm harimau sikit. I selalu cair dengan Batman. Lagi pun, dia lebih manja dengan I. Dia jarang buat I marah.
Batman tak berapa suka dipegang...eksyen sikit dia nih sebab dia tau dia good looking kot...heeheee....dia akan panjat dok atas riba sekejap je....pas tu dia lompat kebawah dan lebih suka lepak kat kaki kita. Tak boleh nak peluk dia lama2..dia tak suka,
Movement, dia lebih cekap dan pantas. Used to be very notty...cuma sejak gemuk ni...Batman dah tak senakal dulu. Habit...suka baring menyerah diri minta kita gosok perut dia....just like in the pic...and I love doing that so much!! 

Toilet / Litter Tray

Tip : Tak semestinya nak kena beli bekas khas made for cats. My bro beli toilet kucing dia kat kedai jual barang plastik…byk choice dan sangat ekonomi..oh..kedai tu di Ipoh....
Refer to pic "Toilet Evolution"…
1] Kuning - our first tray from Tesco pets' section, RM6.90. Asal Batman Robin kuis je..habis berterabur pasir atas lantai. Kami guna ni beberapa hari je...it was a mess!
2] Biru kecil - I beli kat petshop , RM18..atleast pasir dah tak bersepah. Size ni sesuai utk anak kucing and I like the color..siap mcm ada gold dust....
3] Biru sederhana - Batman Robin makin membesar…they need a bigger toilet to squat. My bro belikan bekas ni kat kedai plastik yang sama, RM10. Digunakan beberapa bulan aje sebab Batman Robin makin besar.
4] Biru besar - our cats grow up very fast….kami beli bekas ni…RM7 sahaja. Tapi kualiti plastik nipis sikit drpd yg biru sederhana tu.

Dah harga pun murah…bekas no [3] dan [4], kami beli 2 each so on weekends kami basuh toilet Batman Robin, kami ada spare bekas satu lagi. Tak perlu nak jemur atau nak lap sampai kering untuk guna semula. Praktikal kan...
Toilet Evolution

Litter…poops…pee….owwhhh….smelly…

     The biggest issue when you have pets at home. Especially indoor pets. Perlu diingat “ All poops stink”. We all dah try banyak jenis pasir. Start dgn litter sand biasa bulat2 tu…then scented sand…crystals….pinewood…and black sand. I must say each type has its' own pros and cons.
Normal clumping clay/sand - easy to dispose but odour control is poor…for outdoor use ok ler kot…So we tried Scented sand - Apple..Lavender…Jasmine…Lemon…Peach…your pick. Dah try byk brand…Fussie Cat yg plg ok dan very economical, pack 10 liter = RM18. Sebulan guna lebih kurang 1 ½ pack…jadi kos nya tak sampai RM30 setiap bulan. Jenis ni disposal senang…hard clumping senang nk scoop… tapi I pening bila bau poops mix dgn bau wangi tu…dia akan jadi satu bau kuat yang mengganggu...
Crystals - I suka jenis ni…odour control very good and easy disposal. Crystal ni akan jadi ketulan yang keras dan kering so cedok pun tk melekat. Cumanya jenis ni kena selalu ganti sebab selepas beberapa hari atau jika kucing banyak pee, crystal mula hancur menjadi serbuk, baunya amat busuk! Dan harganya…RM15 per pack…dan sebulan kena guna 4 pack. You do the math :) Lagi satu..Robin dpt alergy dgn crystal ni…mata dia berair je…dah la mata dia sensitif...comot je....
Pinewood - The most natural one. Performance-wise, entahlah.... Bila pellet kayu tu kena poops and pee, dia jadi lembap dan baunya very unpleasant. Just imagine bau kayu lembap + bau poops…eewww…..nak dispose leceh skit sbb jenis ni akan mengembang dan jadi byk dan berat…kinda messy. Yang senangnya…dah scoop boleh terus buang dlm toilet bowl and flush. Price RM15 - 3kg. I try sekali je.
Black sand - My choice. First brand we tried was Bengy. Pasir jenis paling halus brand Bengy  bagus yang nihtak wangi tapi dia juga tkde bau. We all dah buat experiment…compare Bengy dgn Scented Sand…bila we all outstation 2-3 hari…balik rumah buka je pintu…. kalau scented sand…area kucing dalam rumah I bau Apple+Poops = Pening. Kalau Bengy…tkde bau dan I pun happy. Tapi…..Bengy dah stop production dan sekarang dorg keluarkan jenis pasir wangi bulat2 tu…I'm not very happy la…. Alternatively Tesco ada jual litter sand jenis ni – Tidy Cats by Purina. Harganya RM9-RM11 - 4.54kg…tapi yang ini jenis kasar sikit dan non-clumping. Satu tak best black sand ni….pasir akan hancur jadi halus dan payah sikit nak scoop.

To us, performance paling ok dan kos berpatutan adalah Bengy [fine sand]..too bad it's no longer in the market. Other options are: scented sand by Fussie Cat dan Tidy Cats. Bila ada offer je…kami beli dan simpan buat stok.


Tips: Jenis apa pun pasir yang kita guna, kebersihan toilet kucing perlu diutamakan. Mcm manusia juga, kucing tak suka toilet kotor. Kami poopscooping on daily basis. Balik kerja, sebelum mandi…uruskan toilet kucing dulu. Jadi rumah pun tak berbau dan kucing pun happy. Setakat ni Alhamdulillah, Batman Robin amat berdisiplin. Hanya buat bisnes dalam toilet khas dorg. My friend pernah bertanya…”you bela kucing dalam rumah..kucing you tak berak merata ke…? So far, they never did.
Once a week, basuh toilet dengan sabun dan ganti dengan pasir baru. I bila menginap di hotel, I akan bawa balik syampu dan shower gel dalam botol2 kecik tu. I gunakan untuk basuh toilet kucing…dah jimat kat situ….tak perlu nak beli sabun..tak pun guna sabun atau syampu yang dah expired pun ok je…asal bersih dan wangi...

Monday, 28 November 2011

Food…Food…..Food…….

Dry food & Wet food
My bro and vet advised us to avoid dry food or kibbles made from Thailand. Bukan nak kata commercial brand ni tak bagus…tapi kalau ada pilihan…cuba elakkan.  Tapi I rasa pilihan terletak ditangan owner kucing tu…tengok keadaan poket masing2….kalau kita hanya mampu bagi nasi dan ikan…then so be it…kalau kucing kita pun ok…ok la… Mr Hubby and I masa baru ambil Batman Robin pernah rasa terhina dengan sorg catlover ni….dia memang bela banyak kucing…kami pergi kedai dia nak recce2… Dia tanya kami bagi makan apa…kami jawab Whiskas…wet food yang abang I bagi tu…dia ckp "itu makanan kucing jalanan"….tak patutnya… Bukan kami tak mampu nak bagi premium food tapi masa tu kami tak tau….tu yang buat survey tu….hurrmm….
Blackwood 3.63kg x 2 = RM95

Dry Food 
Blackwood 3kg
I mula tanya2 org dan baca review tentang cats food….mostly cakap Royal Canin or RC is the best kibbles. Tapi I consider juga brand lain… We bought RC for kittens RM25/kg. Mula tu ok tapi belum habis sekilo…Robin mula cirit..lepas tu Batman pula…maybe RC tak sesuai dengan Batman Robin. I tertarik bila baca review Blackwood…brand ni susah skit nak jumpa tapi ada petshop yang jual…I pun beli Blackwood kittens..2kg RM45 dalam botol besar. Batman and Robin pun suka….dah habis 2 kg tu I beli pack 3kg RM57…refill je dalam botol 2 kg tu.  Sekarang Batman Robin dah makin besar..makan pun makin banyak…we need a cheaper option so we switched to Blackwood adult. 7.25 kg at RM95. Consider economical. Kalau beli sikit2 lagi mahal…beli 7 kg ni = RM13/kilo. So far we and our cats are happy with Blackwood…walaupun murah sikit drpd RC tapi kualiti ok je…I ada terpikir nak try RC 27 for indoor cats cuz my cats are indoor cats…. tapi takut Batman Robin cirit lagi so for now we stick to Blackwood. Our cats love Blackwood dan bulu Batman Robin pun cantik..gebu… Ada yang berpendapat, kita kena bagi kucing makanan yang dia suka..betul la tu…tapi I pula berpendapat kita sebagai 'master' pada kucing kita..kita yang tentukan apa yang dia makan. Mula2 dulu sebelum I finalize untuk bagi Blackwood, I beli beberapa jenis dalam pek 500gm dan observe pattern Batman Robin makan, keadaan bulu dan berat badan. I try juga bagi Friskies…Smartheart….Purina..Royal Canin...murah..mahal...I try je...Dah compare semua, I pilih Blackwood. Beli kat petshop Desa Pandan.Any other places cheaper ? Kindly share...

Wet Food
Once in a while bagilah juga Batman Robin wet food..kesian dok makan dry food je la. Tapi I ada terbaca yang too much wet food boleh sebabkan karies gigi…betul ke ? dan takut lama2 kucing tak nak makan dry food sedangkan dry food elok untuk kuatkan gigi. Betul ke ? So kami bagi wet food as weekend treat je… I ada juga terbaca the best cat food is wet food…tapi berbalik semula pada kesesuaian dan poket tuan kucing…for us…dry food is the most convenient. Every weekend selepas kami bersihkan rumah Batman Robin…bagi Batman Robin mandi…keringkan bulu…dah selesai Batman Robin dapat makan wet food. Kami dah try banyak brand..pouches - Whiskas, Smartheart, Snappy Tom, Pro Diet. Canned - Purina, Fussie Cat, Avoderm, Country Gourmet… Yang ok…pouches - Whiskas…tak byk jelly dan tulang ikan. RM1.50 each…kalau offer RM1.20 each.  Canned - Avoderm is the best, natural food tapi mahal sikit. 3 brand lagi tu pun ok juga. ABC Petshop in Ipoh selalu ada offer canned food....since we're in KL...setiap kali balik Ipoh, we all akan drop by pekan Ipoh...infact Fussie Cat litter sand dan cats toys pun murah kat sini...beli 3-4 pack, bawa balik KL.

Issues
Which brand is the best ? For your cat ? Different people with different cats has different opinions. Ada yang ckp A bagus, B teruk. Ada yang ckp B bagus tapi C lagi bagus. Mr Hubby said, it's trial and error. I believe we don’t have to follow the crowd. Untuk guidance ok…boleh try dan cari yang sesuai. Catlovers to the core akan prepare/masak sendiri makanan kucing dorg…itulah yang terbaik…tapi agak leceh.

Cat & Vet

VET TIME !!
     Fleas, Worms, Vaccination, Alergy

A happy cat is a healthy cat. Masa kami collect Batman Robin…Batman Robin tergaru2….berkutu la…then perut kembung…kecacingan… Sebelum bawa jumpa vet untuk injection, kutu2 perlu diuruskan dulu. Kami recce2 dan beli ubat spray Frontline, RM38. Senang je nk guna…selak bulu Batman Robin dan spray kat belakang tengkuk, belakang badan dan belakang ekor…sekali spray tahan untuk 2-3 minggu. Ubat ni natural…anak kucing pun boleh guna. takde garu2 dah…. Then their 1st visit to the clinic….1st vaccination RM40 + dewormed RM5 = RM45 x 2 ekor = RM90.  A month later 2nd vaccinatiom RM40 + dewormed RM10 = RM50 x 2 ekor = RM100. After this vaccination only once a year.  Ada masa tu Batman Robin alergic to something…I suspect litter crystal…bawa pergi vet kena bayar RM22 untuk ubat mata dan ubat alergy macam sirap. Masa tu Batman Robin asyik bersin dan mata berair…comot je. Cerita tentang ubat…kalau kucing tak suka dengan rasa ubat yang dia dah telan…dia akan keluarkan dengan muntah buih….mcm foam...banyak lak tu….tapi tak bahaya..dia akan stop sendiri. Ada juga intention nak pergi klinik kerajaan…
it's cheaper there tapi sebab kami hanya free on weekend…dan tak banyak masa nk menunggu…kami pergi klinik swasta. Alhamdulillah so far, Batman Robin jarang sakit.

Saturday, 22 October 2011

$$$$$...

Where money is concerned...we have spent around RM1000 in the first 2 months having them. Itupun kucing dapat free dan cage beli secondhand. In 6 months...expenses dah cecah RM2500. Tapi bila fikir balik, kami ada 2 ekor kucing jadi perbelanjaan semuanya jadi double. Tapi yang pasti monthly expenses Batman Robin we try to stick to RM100 - food and litter sand only. Breakdown : Blackwood Adult 7kg harga RM95...tapi ini cukup untuk sebulan setengah...jadi sebulan lebih kurang RM50 + litter sand RM30 + RM20 wet food as weekend treat = RM100. Vet bills and other stuff are not included. RM100 per month boleh lahh....untuk 2 ekor sicomel nihh...

We as rookies...

Ada masa, kena duduk dalam cage...
Toilet Training
Information on cats was zero. There was little experience cuz we did have pet cats during schooltime…many years back...but they were outdoor cats. Pressed for time, kami shopping barang2 basic kat Tesco je….the must have: litter tray, litter sand, litter scoop, feeder/bowl and of course food. No experience kan…instead of buying wet food…I bought dry food - Friskies for kitten. Padahal anak kucing kecik lagi…boleh ke makan dry food yang keras tu… Nasib baiklah my bro n sis in law datang bawa 2 boxes of wet food in pouch..brand Whiskas…for kitten. I dah call my bro mntak tips sebab dia pun bela kucing - KeyKey. Pagi 02/05/11…Mr Hubby and I gi ambil 2 beradik ni…masa tu letak dalam kotak air mineral je…balik rumah Batman Robin bising sebab tak familiar dengan environment kot. Terus bagi Batman Robin makan….dah makan…main2 sekejap…then kurung Batman Robin dalam cage dengan litter tray sekali dalam tu. First thing first, kena training untuk berak dan kencing. Quick learners they were…sehari je dah pandai. memang nature kucing…asal ada tempat untuk mengorek atau menguis…kucing akan membuang kat situ. Few days later during their playtime, tiba2 Batman lari masuk dalam cage cari toilet dia…after peeing…dia lari keluar semula…sambung main…happy nya I masa tu… Robin pun sama…nak membuang dia akan cari toilet dia.  Alhamdulillah…smpai sekarang…hal toilet tak jadi masalah… Stinky Winky bros tak membuang merata-rata…. Maka bermulalah kehidupan baru Batman Robin dirumah kami…kesian la Batman Robin kena jadi INDOOR CATS sebab kami tinggal di apartment….tapi kami tetap cuba bagi yang terbaik pada Batman Robin... tempat lepak Batman Robin next to window…jadi Batman Robin dapat tengok dan rasa cuaca panas atau hujan dan dapat ventilation yang baik. Ada masa kami bawa Batman Robin ronda2 naik kereta. They both love to travel..nampak je carrier…cepat je nak masuk dalam tu…tau time nak jalan2..hehee…

American Curls...

     American Curls Kucing breed ni selalunya jenis friendly, suka human touch, playful dan tak banyak buat bising. Senang nak bela. Tapi menyibuk no.1….sebab Batman Robin suka dekat dengan manusia…kalau nak duduk lepak pun mesti nak dekat dengan kita...kaki kami dijadikan bantal dorg...so cute!
Kalau pure American Curl...telinganga lebih curly dan kecil. Ours are mixed...hanya bapa kucing yang Curl kot sebab I tengok ibu dorg biasa je....tapi I prefer mcm ni...telinga tu nampak proportionate dengan muka.
      Telinga Batman Robin sama saiz mcm kucing biasa tapi hujungnya tu bengkok sikit...pic kat bawah ni...boleh nampak jelas makin Batman Robin membesar...makin gemuk. Makin gemuk..makin comel dan sedap dipeluk..I like....

Playtime !!
Lepak mode...

Sunday, 16 October 2011

StinkyWinky Bros.

     Kucing kami ni 2 beradik. Tabby color is Batman and brown color is Robin. Tapi I gelarkan Batman Robin - Stinky Winky Bros. cuz bila lama tak mandi, Batman Robin busuk skit…heheee…. These 2 brothers are mix breed American Curls. Itu sebablah "Batman"…Mr Hubby yang bagi nama tu sebab telinga sicomel ni macam Batman. Robin is his partner in crime.

 
Kami mula pelihara Batman Robin ketika usia Batman Robin 2 bulan. Tersangat cute masa tu…kami ambil dari Kak Tina tapi kena ambil 2 ekor sekali..sebab kesian nak pisahkan. It was somekind of 'gift' from me to my catloving hubby. Mulanya I hanya nak ambil Batman tapi nasib baik I ambil Robin juga…atleast Batman Robin ada kawan…tak boring....ada kawan main...ada kawan gaduh...never separated since birth.

Hello..hello to all...catlovers...

Assalammualaikum...
     Blog ini adalah untuk share pengalaman tentang kucing! To all catlovers out there..especially beginners like my hubby and I…I hope this blog will help you and your beloved furballs. Untuk pencinta kucing yang memang dah expert tu…hopefully you all sudi share tips dengan kami semua. It will surely benefit all of us, TQ.. I percaya ada beberapa kategori pencinta kucing. Ada yang memang true blue catlover yang sanggup berbelanja besar demi kucing kesayangan… ada yang amat sayang kucing sampai tidur pun bertemankan kucing..ada yang sekadar bela…apa yang tuannya makan..itulah kucingnya makan…dan ada yang biasa2 saja… ada juga yang tak bela kucing tapi rajin bagi makan kucing2 kat luar tu. Siapa pun anda…macam mana pun cara anda bela kucing…yang pasti kita semua sayang kucing…so let's share....